21.9.08

@@@Ramadhan Karem 1@@@

Hari ni masuk hari ke 21 kita berpuasa di bulan Ramadhan..bermakna kita memasuki 10 malam terakhir ramadhan...semakin hari semakin dekat untuk kita meninggal kan bulan yang mulia di antara semua bulan..dan kita perlu menunggu setahun lagi untuk berjumpa dengan bulan ini..Tahun ini merupakan tahun ke 24 aku merasai bulan ramadhan di mana setiap tahun pasti kelainan yg ku rasa...jika dahulu aku beramdhan di Malaysia kini aku merasa untuk menunaikan ibadah puasa di perantauan jauh di sisi keluarga dan suasana ramadhan di malaysia..sekiranya dahulu ku mengharapkan situasi bergini tetapi setelah berada dalam situasi ini ku rasakan agak berlainan dan pasti sangat sayu bila mengenang kembali saat beramadan di malaysia...

Yang pasti makanan merupakan tajuk utama di bulan ramadan..jika di malaysia aku di hidangkan beribu2 jenis makanan untuk berbuka puasa dengan berpuluh2 malah beratus tempat bazaar ramadan untuk di kunjungi sudah cukup mengambarkan betapa indah nye suasana ramadan di Malaysia..jika di sini aku hanya makan makanan sendiri dan di masak sendiri tapi feel tetap berbeza dengan di malaysia...Betul Kata pepatah di mana bumi di pijak di situ langgit di junjung..hujan emas di negara orang hujan batu di negera sendiri lebih baik hujan batu di negara sendiri...ekkk..betul ke pepatah ni..tapi lebih kurg la untuk menerangkan situasi dan keadaan di perantauan..mungkin ada org sudah bertahun2 menjalani ibadah puasa di perantauan tapi keadaan tetap sama..

Tahun ini merupakan sejarah bagi aku pabila buat kali pertama dalam kamus hidup aku aku menjalani ibdah puasa di perantauan..tiada yg istimewa dan ajaib di sini..hanya bertemankan kawan2 seperjuangan tidak cukup untuk menghilangkan rasa sunyi n sayu berpuasa di perantauan...suasana menyambut hari raya juga berbeza disini dimana tiada letupan bunga api,tiada anak2 kecik bermain bunga api,tiada sambutan 7 likur,tiada lampu pelita menerangi umah dan jalan2 kampung,tiada kemeriahan di pusat membeli belah dengan sayutan lagu2 raya...oooo..sungguh indah ramadan Di Malaysia..

Bila kah aku akan ketemu dan nikmati semua ini...ku menantikan satu shawal tanpa keluarga di sisi,tanpa org tersayang di sisi dimana ia akan membuatkan aku lebih tabah dan cekal untuk meneruskan hidup aku di perantauan dan pasti menghargai setiap saat yg akan aku dapat jika di berikan peluang berada di Malaysia menjalani dan menyambut bulan ramadan dan hari raya aidilfitri..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT HARI RAYA!!!!!!!

1 comments:

tna said...

sabar laa b...
nowdays technology dh ujung jari....
pg ry leh berwebcam wif ur family..
tamo la sedey2.
even u jauh ....
but u know rite..
dkt dihati...:)