26.11.09

promo yang best

petikan dialog yang aku suka

"Adam dan Aidil tak sama.
Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.
Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang.
Malah jadi layu.
Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.
Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…” (Hajjah Khadijah)

synopsis cite NUR KASIH..

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

OST NUR KASIH

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

NUR KASIH finale

Nur Kasih?
best ke cite ni?
mula2 aku malas la nak layan cite ni..
mlas tu satu hal,kadang2 xkesempatan nak tgk tv..
so xkisah pun cite ape yg kuar kat tv..
but kebelakangan ni dpt plak tgk cite ni ngn cik tunang..
tgk yg episod2 yg akhir2..
dari xkenal n mals skrg jadi peminat plak cite ni..
very touching drama i ever watch..
cite yg simple but meaning of the story very deep..
then start je aku tgk tiba2 tv3 nak ulang tayang cite ni dari episod 1 sampai abis..
tanpa iklan,tanpa henti..cam klakar plak iklan die...
tapi still xdpt tgk n feel cite ni..
tapi OST cite ni wat cite ni rasa best...
yassin nye lagu seyes sgt best...
lagu die yg buat aku terdetik nak tgk betul2..
then aku ajak cik tunang tengok cite ni tanpa henti,tanpa iklan tapi betul2 tanpa henti..
sampai kejang gak la kaki tgk cite ni..
dengan kdar kelajuan steamix aku mencari cite ni kat tenet..
surf nye surf jumpa la koleksi cite ni kat blog NUR KASIH..
ape lagi buka la dari episod satu sampai abis..
tgk ngn cik tunang wat tmbah best cite ni..
thanx by teman b tgk cite ni..
sgt sgt best..
skrg rasa nak tgk lagi dari episod satu balik..
jalan cite yg simple tapi olahan dari Khabir Bahtia wat cite ni lagi tmbh best...
aku dah ikut cite/drama arahan khabir bahtia ni dah lama..
espesially cite sepi n cinta...
olahan die mirip sutradara indonesia..
memang best director so far in malaysia..
tgk cite NUR KASIH wat kita insaf..
cite ni betul2 mendekatkan kita dgn islam..
dan menguatkan institusi kekeluargaan...
malam ni plak kemuncak cite NUR KASIH..
memang ngam2 die buat tuk malam hari raya kurban..
mcm mana perngorbanan abang kepada adik die
pengurbanan anak kepada mak n bapak die..
so i will wait in front tv tonite tuk tgk cite ni..
even dah leh agak ending die mcm mana tapi nak tgk gak malam ni..
so for every follower NUR KASIH dont miss out tonite at 9pm tv3
layannnnnn

selamat hari raya aidiladha

salam semuanya...
dah lama benar xmenulis kat blog ni..
xtahu nape..
byk gak nak tulis tapi xkesempatan untuk aku tulis kan dalam blog ni..
x tertulis..
hari ni semua umat islam merayakan hari raya aidiladha..
ramai yg balik ke kampung merayakan bersama keluarga..
dan mungkin ramai yg xdpt balik dan beraya di perantauan..
mungkin aku xberaya di perantauan tapi tahun ni aku xberpeluang balik kerna byk kerja masih belum selesaikan...
kerja memang xkan habis..dan aku sendiri di sini..
entah kenapa rasa nak menulis di blog ni..
harap2 pas ni aku dpt merajinkan diri menulis nukilan di blog ini..
since last post aku until now banyak benda happen to my life..
my work,my life n my future..
wanna share to everyone but maybe afta this i will try to put in this blog..
xbestnye raya sengsorang kat sini..
sib baik raya haji je..
if raya puasa aku xtahu la mcm mana..huhu
so sape2 yg balik tu slamat beraya bersama keluarga..
nikmatila masa2 bersama keluarga..
~~~sayonara
p/s: xda lemang,xda ketupat,xda kuah kacang mak aku jadi raya xbest..tapi layankan aje biskut..hahaha

17.8.09

thanks god..

rasa best sgt sgt this week..
saat yg aku nanti akhirnya hampir tiba..
segala planning aku selama ini alhmdllah hampir menjadi kenyataan..
betul ape org cakap jika ingin buat sesuatu yg besar dan penting ikutla kata hati dan cekal kan hati untuk segala2nya..
dan saat ini aku rasa selama ini segala plan aku mengikut ape yg aku rancang..
best sgt sgt..
setiap pengorbanan pasti ada hikmah dsebaliknya..
mungkin xramai yg mampu lakukan pengorbanan yg besar dalam hidup..
tapi aku telah lakukan tanpa aku tahu ape yg akan berlaku..
alhmdllah
walaupun permulaan xdpt ape yg di rancang..
tapi tuhan lebih hebat perancangan nye...
tuhan menguji kesabaran dan kecekalan aku...
dan alhamdllah akhirnya segala yg dirancang mula menampak kan hasil dan mula mengikut ape yg pernah aku plan dahulu...
so tgh pikir idea n nak masuk gear 1 untuk trus ke hadpan..
cant wait to make a move..
best nyeeeeee

15.7.09

New blog for Love d'Heart Wedding Planner

hye all,
please visit my company blog..
www.lovedheart.blogspot.com
hope u all enjoy it

13.7.09

alhamdulillah syukur..

semekum
hye all...
syukur alhamdulillah akhirnya impian aku tercapai..
alhamdulillah akhirnya majlis perasmian n majlis doa selamat LOVE D'HEART selamat pada ahad lepas..
after 2 month struggle with da idea n konsep akhirnya perasmian ahad lepas berlalu dengan smooth even ada sedikit kesilapan..
dari feedback yg hadir berpuas ati dgn konsep yg kami bawakan
terima kasih kepada crew2 LOVE D'HEART n jugak my by..
yg byk membantu dari segi moral n tenaga..
dan kepada yg hadir pada hari itu sy nak ucapkan terima kasih byk2 kerna memberi support kepada aku..
aku harap anda semua akan terus memberi semangat kepada aku untuk terus memacu kehadapan untuk terus maju..
work will continue until the end..
di harap semua berjalan lancar seperti yg di planningkan
dan xsangka sambutan ari tu di luar jangkaan..
dari perkiraan hanya 50-100 orng guest yg hadir tapi alhamdulillah lebih dari itu..
tiada kata yg terucap hanya ucapan terima kasih
dan kepada mereka yg inginkan perkhidmatan kami sila hubungi kami trus atau trus berkunjung ke showroom kami..
atau layari laman web www.lovedheart.blogapot.com
again i want to said dat thanx for everything

nukilan dari kajang
ahmad faiz saharuddin

8.7.09

near in the corner..

aduh...
masih byk yg perlu di buat skrg..
masa tinggal beberapa hari lagi..
so far on plan but still need something yg baru..
need idea n time...
4 days to go...
chaiyok chaiyok...
kawan2 semua wajib dtg!!!!

nukilan
ahmad faiz saharuddin
love d'heart

3.7.09

Love D'Heart wedding Planner

assalamualaikum..
kembali lagi aku di laman blog..
setelah sekian lama menyepi..
nukilan ini di tulis dari bandung tmpt pesinggahan ku...
ramai tertanya2 tentang diriku..
dimana aku menghilang..
kenapa aku menyepikan diri..
tapi setelah sekian lama aku menyepi kini selepas berhempas pulas selama beberapa bulan
akhirnya dengan penuh rasa hormat dan rendah diri aku nak tell to all about what im doing..
setelah sekian lama kembali ke malaysia dari dubai dan sekian lama aku menyepi dan berehat tanggal 8 mei secara rasmi nya lahirla syarikat ku sendiri iaitu Love d'heart wedding planner dan sejak dari tarikh itu pelbagai benda dan tugas memenuhi jadual ku..
terlalu banyak benda nak kena settle n kena blaja..
dengan sokongan ayahanda,ibunda,tna serta seluruh keluarga dan crew2 love d'heart alhamdullilah kini sudah hampir 80% syarikat ini bersedia memulakan langkah pertama..
dengan bantuan crew2 serta warga kerja love d'heart sebuah showroom untuk para pengantin sedia untuk di rasmikan..
bagi mereka yang masih belum tahu serta belum di umumkan tentang tugas baru aku,aku harap nukilan di blog ini akan merungkaikan segala2nya...
bertempat di prima saujana,kajang aku telah membuka satu bridal house atau di kenali love d'heart wedding house yang kini sedia menerima penngunjung...
kepada sesiapa yang mengunjungi laman blog ini saya dengan rasa hormat dan rendah diri menjemput anda ke majlis perasmian dan doa selamat untuk kedai aku pada 12 JULAI 2009 hari AHAD jam 2.00ptg untuk memberi sokongan moral dan semangat kepada aku untuk berada di bidang ini..mungkin ramai tertanya2 kenapa aku memilih untuk melakukan bisnes ini..
ini akan dirungkai pada masa yg sesuai..buat masa ini aku harap semua rakan2 dapat memberi sokongan jitu kepada aku...

sila sebarkan virus2 cinta kepada rakan2,sahabat handai dan keluarga terdekat tentang majlis pembukaan kedai aku..majlis akan diserikan dengan kehadiran para wartawan serta artis2 tempatan untuk memperagakan design terbaru syarikat aku...
di harap nukilan ini akan merungkai segala ape yg anda fikirkan...

nukilan ikhlas dari bandung
ahmad faiz

23.6.09

at last!!!

hye guys....hye by..
im back here to continue blogging..
fuhhhhh...
very tired n very long time not post entry here..
almost 2 month i think..
its okies..sebab skrg aku dah nak start berblogging balik..
n sebenarnya xtahu nak cite mcm mana...
i will post all the story happen at me in the past 2 month..
itupun kalau still ingt..
huhu..
so wait for my story!!
n lupa plak nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kawan2 suma yg dah lepas mahupun yg akan merancang..
kalau xmerancang tapi dah ada rasa nak khawin jumpa aku secepat mungkin..
n xlupa jugak selamat bertunang kepada mereka yg nak bertunang..
moga keberkatan kawan2 suma akan sampai ke aku..

10.5.09

Thanx dEAR..

Dear By,

Thanx syg untuk segalanya...
Thanx sebab understanding me...
Thanx sebab love me without boundry(ayat bI ni betul ke?)hehe
Thanx sebab with me n support me whatever i do..
Thanx sebab segala2nya yang by dah buat selama ini
Semoga kita trus memahami n trus menyayangi satu sama lain..
Whatever i do i do it for u..
I love you very much...
Really Love you babe..
daaaaaaa....

Selamat hari ibu...

yesterday we all celebrate mothers day..
selepas seminggu promosi dan peraduan serta ucapan2 hari ibu kedengaran di corong2 radio..
semalam merupakan hari kejadian nye..
mungkin setiap orang ada cara tersendiri meraikan insan yg tersayang dalam hidup mereka..
termasuk la aku skali..
dah lama aku xsambut hari ibu..
munkin kerana sibuk ataupun lupa tentang hari ibu..
tapi last nite we all adik beradik make a suprise to mum even dia dah tahu tapi buat mcm suprise gak la..
even not all my family member are there but still havoc jugak..just my brother aje xda yg lain suma ada di sini..
seperti biasa di dalam keluarga aku..ape2 aktiviti keluarga kita akan contribute sama2 even just a wish or small money..
our target just to make her heppy n noe dat we are love her much than ever..
so all the picture will be uploaded later..
xsempat coz xda kabel..huhu(alasan aje)
so last nite we celebrate mothers day in house..
Heppy mothers day mum/emak...
semoga tahun ni membawa keberkatan dan kebahgiaan kita sekeluarga...
semoga panjang umur dan murah rezeki..
u r the best forever n ever..
I Love You sooo much..
selamat hari ibu sekali lagi dari anak mu ini..

p/s: got msg from someone..."kamu anak yang baik.isyallah"..msg i got last two day..hehe..sweet aje msg die..

8 Mei 2009 - Date to remember..

08.05.09
Date to remember...
On 08.05.09 are history have been state in my life diary..
with full support from my love n family now it will become true..
but today is a heppy day for me n also for her..
our dream will be come true.
now im start to thinking more maturely
start to work hard n more hardworking until it succes to the end
time have be selected..
plan have been state
place should be finallize
now is time to work smart until count da first day of my new life..
really cant imagine how heppy i am rite now..
really really heppy for my decision..
Love d'Heart WD

Date start to count..

Love d'Heart WD
Now is begining to the new chapter to my life...
with spirit and strong comitment it will be success until the end..
guys out there should give me a moral support
so
Date : to be state
Place : should be confirm later
Tentative : should be organize later
Guest : will be finallize later
so guys and babes wait for my msg or call....

19.4.09

Letih...

hari ini aku sgt letih..
hari hari aku sgt letih..

13.4.09

PeRSainGaN MeNcaRi JuaRa seMakin Hebat!!

Memasuki bulan 5 persaingan untuk merebut kejuaraan liga semakin hebat dan mencabar..
jangkaan 3 perlawanan terakhir menjadi penentuan kejuaraan suma liga tahun ini..
pasukan2 yg mndahului liga masing2..


Serie A - Inter Milan
English Premier League - Manchester United
La Liga - Barcelona
ligue france - Marseille



Untuk ulasan setiap liga aku dah kaji segala bagai website setiap liga..



English Premier League - EPL



Persaingan semakin sengit antara tiga pasukan Man U,Liverpool and Chealsea.

Dengan keadaan terumbang ambing MU,liverpool semakin menekan MU di tangga teratas..

dengan persembhan kosisten,liverpool mengharapkan kesilapan MU dalam setiap perlawanan.tetapi kelebihan tetap ada pada MU yg kelebihan satu mata dan satu perlawanan. sekiranya MU memenangi baki satu perlawanan pasti jarak semakin jauh dari Liverpool.

dengan kelebihan 4 Mata MU di kira selesa di atas berbaki 6 perlawanan akan datang..yang pasti chelsea akan mengambil peluang sekiranya kedua dua pasukan teratas melakukan kesilapan.

Pasukan kerdil akan menjadi penentu kepada kejayaan setiap pasukan..
pasukan kerdil akan mangambil peluang di atas tekanan setiap pasukan..


ape yg aku jangkakan MU akan menang tapi dalam keadaan yg sengit seperti tahun lepas..

mungkin kelebihan satu atau dua mata aje..Liverpool plak akan di pintas chelsea game2 terakhir...



predict kedudukan musim ini

1 - Man U
2 - Chelsea
3 - Liverpool
4 - Arsenal



Pemain paling menonjol musim ini-

Fernando Torres (Liverpool) - banyak membantu liverpool meraih kemenangan
Frank Lampard (Chelsea) - tunjang kehebatan chelsea di bawah jurulatih baru gus hiddink
Ronaldo ( Man U )- masih menonjol even xsehebat musim lepas..



La Liga - Spain



Permainan menakjubkan telah di tunjukan oleh barcelona musim ini.selepas beberapa musim tanpa kejuraan, musim ini di jangka tidak menghadapi masalah untuk memenangi Liga.
kini hanya dua pasukan yg masih mempunyai peluang tinggi untuk memenangi kejuaraan. dengan di ekori rapat oleh real madrid saingan pasti akan menjadi sengit..setiap pasukan yg tersilap akan membawa padah akhirnya..
jika di lihat pada satu ketika barcelona jauh meninggalkan real madrid dengan kelebihan hampir 12 mata tapi jurang semakin dekat apabila real hanya ketinggalan 6 mata..dengan kecermelangan Lionel messi,Eto'o, dan henry pasti perbezaan jaringan akan menjadi pemisah dua pasukan..
dijangka kan 3 perlawanan terakhir menjadi penentu setiap pasukan..kelebihan ada pada real madrid yg bermain tanpa tekanan. dengan pesembhan kosisten barca pasti akan memenangi kejuaraan musim ini



predict kejuraan liga

1 - Barcelona
2 - Real Madrid

Pemain paling Menonjol


Barcelona - Messi,Henry eto'o n Inesta
Madrid - Raul,Robben n Gonzalo Higuain

Serie A - Itali

musim ini masih tiada lagi tandingan utama bagi pasukan inter milan bawah jurulatih jose mourinho..
setelah memangi 2 kejuraan sebelum ini,musim ini pasti inter mahu menambah koleksi kejuaraan...meskipun bermasaalah dengan penyerang utamanya adriano..
inter tetap tidak mampu di atasi.
dengan pasukan seperti juventus dan Ac Milan yg semakin hilang taring serta Roma yg masih mencari kekuatan sendiri...kebyakan peminat pemint bola tidak amik peduli Serie A,
hanya sekadar mengetahui result dan scorer saje..tidak segah nama nya di peringkat dunia,bola sepak itali ataupun liga bola sepak itali adalah kurang menyengat dari namanya..

Predict Liga
1) Inter Milan
2) Juventus
3) AC Milan

Seventeen - Untuk Mencintaimu

dedicated this song to my by kat mosti..
yg tgh cari lagu tu..
so jgn lupa cari lagu ni n ada lagi mau by cari..

apa yang harus aku lakukan
untuk membuat kau mencintaiku
segala upaya tlah kulakukan untukmu

apa yang harus aku temukan
untuk membuat kau menyayangiku
inilah aku yang memilih kau untukku

karna aku mencintaimu
dan hatiku hanya untukmu
tak akan menyerah
dan takkan berhenti mencintaimu

ku berjuang dalam hidupku
untuk selalu memilikimu
seumur hidupku,

setulus hatikuhanya untukmu

seumur hidupku, setulus hatikuooohhhh

Akademi Fantasia 7 minggu 5

aku xtahu nak start yg mana satu..
byk sgt event kat tv last week...
dari AF hingga la ke ABPH..
pasal kabinet baru pun aku xpost lagi dalam blog aku ni..
kita post satu satu..
aku post pasal AF dulu la..
bukan peminat tapi biasa la kalau dah tgk mau cite ape yg kita tgk...
kalau xsuka tutup telinga,tutup hidung dan tutup mata..
LU pikirla sendiri..huuhu

Ok last week dah masuk minggu ke 5 AF7..
dengan tema tranformasi ramai yg ingin kan kelainan dan mengharapkan yg lain dari yg lain...
dari segi pembahagian lagu memang ada tranformasi nye..
dengan segi pentas pun agak lain dah jauh dari suasana dari AF yg lepas2
dari segi pengkritik pun kita dah lari dari dari OGY,JEE x pun Hattan..
Dari segi tenaga pengajar sedikit sebyk muka muka baru ada dalam akademi..
yang pasti pelajar di bawah Principal TIARA akan merasa bahang dan mungkin akan berasa bertuah..
so kita akan kaji pesembahan pelajar2 di minggu ke 5 dan komen2 Juri..

Minggu 5 tema lagu adalah duet..
dan setiap pelajar mendapat duet dari bekas2 pelajar AF terdahulu..
ada yang dapat duet yg sesuai dan ada yg xsesuai langsung..
huhu..tapi yg besh malam tu sebab ada si adibah noor
selamba bapak je buat lawak..
cayala adibah

Berikut adalah kedudukan pelajar sebelum dan selepas konsert.

Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

ISMA - 25
YAZID - 22
HAFIZ – 12
CLAUDIA - 8
AKIM - 8
ARIL - 7
AISHAH - 7
SIDI - 6
QHAUD - 5

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:
PELAJAR dan PERATUSAN (%)

ISMA - 18
HAFIZ - 17
YAZID – 15
AKIM – 10
AISHAH – 10
CLAUDIA - 9
ARIL – 9
QHAUD - 8
SIDI - 5

Lagu Pembukaan : Lucky Dari Jason Mraz n Colby

lagu yg sunguh sedap dan romantikk..
ala ala pop gitu..lagu ni di pilih untuk di nyanyikan ramai2..
lepas tgk dua tiga kali..aku merasakan budak2 ni xleh bawak lagu2 mcm ni..
beterabur sana sini..mgkin diorng xpernah di beri tugasan lagu inggrs wat diorng kekok..
tapi boleh la..

Persembahan Pertama
Isma & Zul 2by2 - kau mawarku

komen2 juri
Bukan persembhan yg terbaik dari ISMA

-bagi aku persembhan diorang ni sgt best sebb penyanyi asal ada skali..
cuma tahap pengfokusan si isma terganggu di perasaan syg n rindu die kat zul.


Persembahan Kedua
Akim & Farah -Jika Kau Tiada

komen2 juri
Ada peningkatan dari segi vokal..

-bagi aku pasangan duet yg sgt sesuai..dua2 ok n lagu pun sedap

Persembahan Ketiga
Qhaud & Heliza - Dibius Cinta

komen2 juri
lagu ok,cuba persembhan tiada peningkatan.Qhaud byk sumbang time bawa lagu ni

-bagi aku persembhan diorng xmencapai ape yg kita inginkan.lagu dah ok.cuma masing2 xdpt wat suara tinggi.so sumbang mambang la jadinya

Persembahan Keempat
Hafiz & Mila - Terlanjur Cinta

komen2 juri
Datuk : persembahan yg kosisten dan semakin meningkat
Airie HAsim :You're there. vokal semua lengkap.saya nak tgk hafiz dpt lagu yg lebih mencabar
Adibah Noor : meremang bulu roma mendengar hafiz n mila nyanyi

-bagi aku ini persembhan yg perfect.lagu sangat sedap,pasangan yg cocok.drama yg menjadi sampai bulu roma adibah noor naik tu.dapat menenggelamkan juara akademi fantasia 5.suara hafiz memng lain dari yg lain di bantu suara mila..bagi aku ini persembhan yg terbaik minggu ni..muka yg jujur n cam budak nerd buatkan si hafiz ni org suka..tapi die ni still kosisten dari minggu pertama.

Persembahan Kelima
Claudia & Vince - Kau Muzik Di Hatiku

komen2 juri
claudia tenggelam dari vince..ada peningkatan dari segi suara

Persembahan Keenam
Aishah & aliff - Dua Hati Menjadi Satu.

komen2 juri
persembahan yg menghiburkan,lagu yang sesuai dengan pewatakan dan gaya aishah

-bagi aku lagu ni memang sesuai dengan si aishah..sebab dia jiwa muda..lagu pun ala ala budak muda..even aliff aziz xmembantu peape pun dari segi duet.tapi aishah tetap sedap wat lagu ni


Persembahan Ke tujuh
Yazid & Yazir - Terharu

komen2 juri
ada peningkatan dari segi vokal dan pesembhan

-bagi aku biasa aje cuba mungkin yazid masih xkuar ape yg die ada sebenarnya..kena buang perasaan rendah diri kot baru leh jadi diri sendiri

Persembahan Kelapan
Aril & Marsha - Aku Dan Dirimu

komen2 juri
Datuk : persembahan terbaik minggu ini
Airie HAsim : aku minat kat lu bro.u have x factor
Adibah Noor : persembhan yg romantik.sedap and bagus

-bagi aku persembhan ni tetap antara yg besh but not terbaik..mungkin sebab before n after lagu cite pasal si ar wok ni byk,wat org tahu cite cite die.contoh bantal busuk,ju, dan pingu..kata shuffler tapi motor kaler pink..walaubagaimanapun time persembhan xmengecewakan lah..lagu die dpt sgt sgt sgt besh..memang menyentuh ati..dengan lakonan pun menjadi..try x havoc sgt kat diari confirm org akan makin suka kat aril..suara berbeza ngn yg lain.

Persembahan Kesembilan
Sidi & Zahid - Sempurna

komen2 juri
Persembahan serderhana,x mencapai tahap bintang

-bagi aku sidi is better than qhaud..mungkin ini bukan lagu untuk suara die..suara die besar..patut tenggelam time zahid masuk..


seperti yg kita dah tahu sidi terkeluar even ramai menganggap qhaud sepatutnya kuar..so pe tunggu lagi afundi kuar pada qhaud minggu ni..

My new cars..still hanging on the air

selepas menyerah kan kuasa satria merah lama aku kat abg aku..
aku trus mencari pengganti memandang aku mahu bergerak di bumi malaysia..
3 hari gak la aku mencari kereta yg sesuai..
hati tetap dengan satria even byk gak jumpa kereta yg smart2..
memandang kan mission yg akan datang lebih besar..
aku tangkap keta kecik dulu..
zaman berdating dating kena la 2 pintu dulu..
senang my by nak masuk..
tapi even suka tapi pahit gak mau telan...
dah 3 minggu still on progress penukaran nama keta ni..
ni kena tambah lagi 10 hari..
nak xnak keta pun lawa so biarlah...
tunggu je la...dapat tgkp gmbar pun jadilah..
huhuhu
ni gambar2 aku amik....

Pandangan hadapan dan pandangan belakang

pandangan sisi kereta baru ku

Pandangan sisi kereta aku kiri dan kanan
p/s:xpayah nak tmbah peape...suma dah ok kot..ada duit baru tambah..huhuhu




keta ku sudah BeRtuKar!!!!

selepas seminggu menanti
akhirnya penantian menjadi realiti..
last week aku mengikuti persiapan tukang cat mengecat keta satria lama aku..
selepas menjalani proses menambah baik segala bagai accessori..
keta lama aku sedia di tembak cat..
memandangkan keta ni menjadi hak milik abg aku..
so pilihan warna dah confirm abg aku yg pilih..
dia pilih warna Black Metallic..
bawah ni adalah satu dua gambar proses penukaran cat keta lama aku..
byk jugak la kena patri n ketuk keta lama aku tu..
bumbung tu usah ckp la...area yg paling byk kerja..
sampai si cino cat pun pening..

si cino cat bersungguh ngecat keta satria lama aku
dari pandangan belakang n sisi kereta lama aku

First layer cat

dah hampir siap dah ni..just nak pasang balik suma benda yg die buka..
dah leh nampak totally change my old car
nampak sangat2 garang
Pandangan depan sisi keta lama aku..
memang sgt sgt sgt puas ati dengan color diee...
betul2 dah lain keta lama aku ni
cuma xbrape perfect..masih ada kekurangan lagi dari segi penatouch up warna keta

BERTUKAR!!!


inilah hasilnya selepas seminggu menanti..

sgt kena ngn body n skirting n segala bagai..
nombor plat dah siap gantung lagi..tapi hilang huruf A nye.


5.4.09

...Pimp My Ride...

Assalamualaikum...
semlam baru je aku mengpimp my ridekan keta merah NAW 745..
dah dekat 3 tahun la ni baru dpt pimp kan keta aku...
opsss bukan keta aku dah..bertukar ganti..
di take over oleh my bro..
my new babies car lum kuar...huhu..
aku xsempat nak amik gmbar standard tapi ok la letak gmbr yg dah modified sikit..
pe lagi..jom la kita tgk..perubahan keta NAW..bak kata my by keta NAWAITU...

menukar skirting baru ganas...


new look..new spoiler..

pandangan tepi..still nmpak


Pusat Sime Tyres...kedai tukar tayar

new sporting..4 kaki baru for my car


keta ku tanpa tayar...cian nye

sport rim yg sesuai ngn color baru



wajah baru...before antar ke bengkel cat..
so wait for a week for new design..

1.4.09

Family Trips

sangat lama aku n family x spend time toghter or gathering..

but last month on 20 March kalau xsilap aku la,aku n suma keluarga aku kecuali akak kedua aku g ke KL untuk menghabiskan masa cuti bersama..

even xsepenuhnya tapi 90% member of my family ada bercuti...

kami amik masa 3 hari 2malam kalau xsilap aku...gaya nak cakap 3hari 2 malam tu ala2 dalam rancangan tv tu la~~~~

bertolak hari khamis pagi n sampai dalam kul 4 kalau seingat aku..

aku sebagai tour guide tanpa salah n silap bawa diorang suma ke lokasi penginapan kami di DUTA VISTA SUITE..

lokasi yg agak terpencil tapi dapat menenangkan jiwa nurani...

untuk pengetahuan lokasi ini la tempat pengambaran filem "JANGAN PANDANG BELAKANG"..dan tolong jangan membelakangi pesanan ini..pakai tali pingang belakang..ada iklan plak tiba2...

pecutian ni di support 120% oleh penyaport la..identiti di rahsiakan...sebanyak 3 keta plus satu dari arah lain konvoi ke lokasi..

time bercuti ni sempatla bawa mak n family aku g Mid Valley..15 minit dari hotel..hotel ni paling payah nak cari kedai runcit..7e pun tarak..so sib baik ada bawak makanan dari umah..xle kebuluran kat situ..

suma ni gambr yg di ambil..seperti biasa gmbr aku ada di sebalik gambar2 di bawah...

satu je gambar dalam hotel dapat aku tangkap

akak and abg ipar aku bersama anak2 sedara yg sengal

gaya si dugung and unta padang pasir melompat di tepi kolam



ini la gaya budak2 blum matang mcm aku...suma anak2 sedara aku..

Big Boss memerhati cucunda di kolam

My bro n anak2 sedara..dah lama xlepak sama2 lama2



Kolam renang ni di penuhi dengan anak2 sedara aku aje...


bukan je budak2 yg gembira sakan,bapak budak pun bukan main sakan mandi



penuh satu kolam renang dengan family aku..

Penamaan Calon Di Bukit Gantang part 1

Seperti Yang sedia maklum kita kini menghadapi 3 pilihan raya kecik di 3 bukit..
2 bagi dun dan satu untuk Parlimen..
last week baru selesai pemilihan Umno bagi semua sayap parti serta masjis tertinggi..
kita sedia maklum bahawa satu peralihan kuasa akan berlaku dia antara Pak Lah kepada DS Najib Tun Razak bagi jawatan presiden seterusnya bagi jawatan perdana Menteri...
ramai yg tertunggu2 saat ini selepas 5 tahun pemerintahan Pak Lah yg kurang menyengat..
Diakhir perhimpunan umno yg lalu satu saat yg kita tunggu di mana Bekas PM yg kita sayang
dan sanjung telah kembali ke pangkuan Umno dalam konteks tranformasi yg Umno ingin Umno bawakan kali ini..
tanpa di duga perasaan sedih berbaur gembira pasti terasa apabila kita melihat 2 negarawan berpegang tangan untuk bersatu demi kesejahteraan rakyat Malaysia...
Blog khas akan di post kan untuk menceritakan perjalanan Perhimpunan umno yg lepas..


pada 29 march yg lepas aku sekali lagi berpeluang ke majlis penamaan calon bagi kawasan parlimen Bukit Gantang di mana perlawanan 2 penjuru antara Calon Pas Nizar serta calon Bn ismail serta seeorang wakil bebas..
disini aku selitkan gambar2 suasana di tempat kejadian..
aku sungguh bertuah di mana orang yg ingin aku jumpa hadir ke Bukit Gantang..
Dato Mukhriz telah hadir memberikan sokongan kepada wakil BN di bukit Gantang..
meskipun tewas bermaruah dalam pemilihan ketua pemuda tapi dato mukhriz dengan cool nye bersama membantu demi kesejahteraan Melayu...

Dato Mukriz Mahathir



YB bersama Dato' Muhkriz

Aku di celah-celahan dato muhkriz..sebelum tu dah bersalam dan berpelukan dah

My Bro...


Wakil MIC



Suasana di hadapan Majlis Bandaraya Taiping



Suasana suasana di kawasan penamaan calon bukit gantang