26.11.09

promo yang best

petikan dialog yang aku suka

"Adam dan Aidil tak sama.
Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.
Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang.
Malah jadi layu.
Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.
Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…” (Hajjah Khadijah)

synopsis cite NUR KASIH..

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

OST NUR KASIH

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

NUR KASIH finale

Nur Kasih?
best ke cite ni?
mula2 aku malas la nak layan cite ni..
mlas tu satu hal,kadang2 xkesempatan nak tgk tv..
so xkisah pun cite ape yg kuar kat tv..
but kebelakangan ni dpt plak tgk cite ni ngn cik tunang..
tgk yg episod2 yg akhir2..
dari xkenal n mals skrg jadi peminat plak cite ni..
very touching drama i ever watch..
cite yg simple but meaning of the story very deep..
then start je aku tgk tiba2 tv3 nak ulang tayang cite ni dari episod 1 sampai abis..
tanpa iklan,tanpa henti..cam klakar plak iklan die...
tapi still xdpt tgk n feel cite ni..
tapi OST cite ni wat cite ni rasa best...
yassin nye lagu seyes sgt best...
lagu die yg buat aku terdetik nak tgk betul2..
then aku ajak cik tunang tengok cite ni tanpa henti,tanpa iklan tapi betul2 tanpa henti..
sampai kejang gak la kaki tgk cite ni..
dengan kdar kelajuan steamix aku mencari cite ni kat tenet..
surf nye surf jumpa la koleksi cite ni kat blog NUR KASIH..
ape lagi buka la dari episod satu sampai abis..
tgk ngn cik tunang wat tmbah best cite ni..
thanx by teman b tgk cite ni..
sgt sgt best..
skrg rasa nak tgk lagi dari episod satu balik..
jalan cite yg simple tapi olahan dari Khabir Bahtia wat cite ni lagi tmbh best...
aku dah ikut cite/drama arahan khabir bahtia ni dah lama..
espesially cite sepi n cinta...
olahan die mirip sutradara indonesia..
memang best director so far in malaysia..
tgk cite NUR KASIH wat kita insaf..
cite ni betul2 mendekatkan kita dgn islam..
dan menguatkan institusi kekeluargaan...
malam ni plak kemuncak cite NUR KASIH..
memang ngam2 die buat tuk malam hari raya kurban..
mcm mana perngorbanan abang kepada adik die
pengurbanan anak kepada mak n bapak die..
so i will wait in front tv tonite tuk tgk cite ni..
even dah leh agak ending die mcm mana tapi nak tgk gak malam ni..
so for every follower NUR KASIH dont miss out tonite at 9pm tv3
layannnnnn

selamat hari raya aidiladha

salam semuanya...
dah lama benar xmenulis kat blog ni..
xtahu nape..
byk gak nak tulis tapi xkesempatan untuk aku tulis kan dalam blog ni..
x tertulis..
hari ni semua umat islam merayakan hari raya aidiladha..
ramai yg balik ke kampung merayakan bersama keluarga..
dan mungkin ramai yg xdpt balik dan beraya di perantauan..
mungkin aku xberaya di perantauan tapi tahun ni aku xberpeluang balik kerna byk kerja masih belum selesaikan...
kerja memang xkan habis..dan aku sendiri di sini..
entah kenapa rasa nak menulis di blog ni..
harap2 pas ni aku dpt merajinkan diri menulis nukilan di blog ini..
since last post aku until now banyak benda happen to my life..
my work,my life n my future..
wanna share to everyone but maybe afta this i will try to put in this blog..
xbestnye raya sengsorang kat sini..
sib baik raya haji je..
if raya puasa aku xtahu la mcm mana..huhu
so sape2 yg balik tu slamat beraya bersama keluarga..
nikmatila masa2 bersama keluarga..
~~~sayonara
p/s: xda lemang,xda ketupat,xda kuah kacang mak aku jadi raya xbest..tapi layankan aje biskut..hahaha