30.9.08

Dari Jauh Kupohon Maaf -Arwah Sudirman..

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama( korus )

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu ( ulang korus )
Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh

26.9.08

~~~26 ramadan~~~

hari ini hari jumaat 26 september 2008 bersamaan 26 ramadan...
dah hampir memasuki bulan shawal...
tapi kita ada lagi 4 hari tuk melengkapkan sebulan ramadan..
dan genap aku 7 bulan di dubai...
tahun ni cukup berbeza berbanding tahun2 sebelum ni..
aku berpuasa di dua negara berbeza, dua budaya berbeza, dua suasana berbeza...
terlalu byk pengalaman ku timba dalam ramadan ini..
Persahabatan, kawan2, kasih sayang, kerinduan, dan kesabaran..
hargai masa bersama keluarga,nikmati kenikmatan berpuasa di negara orng,
mengisafi diri sendiri...
aku xtahu kenapa ari aku rasa sgt sayu...
rasa mcm emosi tak betul...
rasa mcm suma hilang dari hidup ku..
rasa mcm suma pergi tinggalkan aku..
ini perasaan org di perantauan atau perasaan ku sendiri...
aku harap bulan ramdan yg masih tggl beberapa hari lagi aku
mampu kuatkan diri untuk mendekati nya lagi..
untuk meminta petunjuk,minta keberkatan dan meminta kebahgian
dunia kehidupan ku skrg dan masa depan...serta permudahkan
segala perjalan perancangan aku disini sekrg dan akan dtg...
Amin...

23.9.08

@@Kartini Kembali Sinopsis@@



Sinopsis


Kartini Kembali menceritakan dua perbezaan.

Bahagian pertamanya adalah sebahagian (akan datang lagi) daripada kehidupan aku sekitar 1998.

Bahagian kedua, 1986, aku form 2. Muzik rock menguasai jiwa pada masa itu. Kami memberontak untuk sesuatu yang tidak pasti apa.


1997. Setelah membiarkan satu idea berkembang bersama kehidupan, aku menyiapkan satu karya yang secara tidak langsung adalah kisah sama yang dilalui oleh setiap orang waras.


Ia berkisar tentang gadis impian yang dikejar oleh jejaka yang bukan idaman dan apa yang berlaku adalah kehidupan.


Dalam kehidupan kita ditemukan dengan pelbagai watak yang menghiasi lakon layar hidup kita yang secara terus memberi kesan kepada emosi dan menambah makna untuk kita dalam memikirkan fungsi kita terhadap alam semesta ini.


Aku dirahmati dengan berbagai-bagai ragam manusia di sekelilingku. Ia berkembang dari satu kelompok kepada yang lain. Apa yang membezakannya adalah tempat dan masa. Dan juga kematangan.


Kartini Kembali menceritakan dua perbezaan. Bahagian pertamanya adalah sebahagian (akan datang lagi) daripada kehidupan aku sekitar 1998. Ia adalah zaman perubahan aku dari seorang remaja yang mencari arah kepada seorang dewasa yang masih mencari arah. Apa yang banyak dilakukan adalah untuk mempersoalkan, “Adakah apa yang aku buat dulu menghasilkan apa yang terjadi padaku sekarang?” Dalam erti kata lain ia satu tempoh hidup yang sentimental dan nostalgik.


Bahagian kedua, 1986, aku form 2. Muzik rock menguasai jiwa pada masa itu. Kami memberontak untuk sesuatu yang tidak pasti apa. Kami marah kepada apa sahaja. Di situ juga bermula minat dan matlamat. Dan apa yang diperlukan pada masa itu adalah pembakar semangat.


Cerita Kartini bermula pada tahun 1987. Aku form 3, dia form 1. Ia adalah rasa cinta budak-budak yang hanya nak bercinta atas sebab... tak tahulah. Kawan-kawan lain ada girlfren, takkan aku tak ada kot?


Dalam usaha memenangi hati, aku mula melukis sebuah cerita jujur tentang apa yang aku rasa dan ....... bersamanya.


Kebetulan pada masa itu ada seorang guru yang mengajar serba sedikit tentang lukisan (kami sekolah agama dan mata pelajaran lukisan tidak diajar) dan dapatlah aku mengasah naluri seni aku.Jadi, ketika aku berpeluang berkartun dan berkarya, satu-satunya idea yang meluap-luap minta dihasilkan adalah cerita Kartini itu.


Ah, kebetulan juga pada masa itu kefahaman tentang cinta semakin luas. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk meluahkan apa yang aku rasa terhadap Kartini...


Rupa-rupanya Kartini hanyalah sebuah nilai untuk aku mencari cinta. Bahkan aku sedar dari ilusi dan anganan yang realiti itu lebih indah jika kita sentiasa bertanyakan soalan yang betul dan menghargai apa yang dianugerahkan.


Terus-terusanlah berharap akan kebaikan dan ikhlas itu adalah kunci kehidupan.Kartini hanyalah nama. Kartini hanyalah simbol. Kartini menjadi satu batu tanda untuk aku memperoleh apa jua kebaikan hidup yang ditawarkan untuk aku.


Ia juga ada pengukur jarak tentang apa yang telah dan belum aku lakukan. Ia mengajar aku mencari erti cinta; dan tiada cinta itu tiada batas, ukuran dan bentuk.Ia adalah satu rasa;


seperti manisnya gula dan masinnya garam.

Ia memberi satu ikatan langsung dengan Tuhan. Kita boleh merasakan ketakjuban dan hidup terawang-awangan memuji sang kekasih.

Komik Pilihan Anda...~~~Kartini 1


ermmmmmmm....

dah lama nak kongsi cite ni kat suma...

sebab ari tu terbaca balik komik2 yg aku penah baca dulu...

and ada satu cite komik ni yg aku minat dulu...

komik KARTINI....

kartonis Tembakau ujang

penah baca x?

besh gile


ni la inspirasi aku dulu sampai nak masuk asrama sebab buku ni la..

memang ayat2 dalam komik ni...perghh jiwang abis

kisah pencintaan kat sekolah...cinta monyet...

memang aku nak cari balik buku ni...
korang tgk la bawah ni..maybe korang ingt



Ini la wajah2 majalah kartini...ada yg baru plak nak kuar...

xtahu ade ke tak..

tapi sape yg layan cite ni mesti touching n besh sgt2...

biasa la anak2 muda sentiasa dilamun cinta...

nanti aku sinopsis kan buku ini..

memang best...tolong la belikan tuk aku

koleksi aku dah hilang

22.9.08

Sahur hari ini....

ari ni bangun lewat sikit..
sempat capai biskut kering ngan fresh milk je..
jadila wat lapik perut...
hope xletih n xlapar...

Am i a Blogger...

what meaning of blogger?
i dont know..
but when tna said i a blogger now,
so Now i know who is blogger...
im a berginner kot...biasa la baru aktif dengan personal blog...
slalu tumpang comment kat blog orang...
want to know how to become great blogger...
so for senior blogger come visit my blog to teach me...
hahahahaha
macam poyo je kan..

Ngantuk ek die...

puas berjalan tadi xperasan dah pukul 12.30 tgh malam waktu malaysia(8.30 mlm waktu Dubai),takde msg dari die..
then orang msg die...
die balas n said die ngantuk..sian die..
smlam xcukup tido ek...
so i give her chance to sleep..hehe..
hope besok die bangun awal n dapat bersahur n cergas g kerja...
so malam ni no call her...huhu~~~

~~ZaKat fitrah~~

tadi g buka kat MOE...
Makan kebab ape tah..tapi kenyang...
lepas tu g bayar zakat kat LULU SupErmarket...

One Person ~ 25dirham
no akad just buy the coupon...ermmmm..maybe cara org sini...
ikut je la...then paid extra for Ifta(Buka Puasa) and ape tah satu lagi ~ 15dirham...
So total 40 Dirham...alhamdulillah...
even x mcm cara malaysia but aku puas sebab akhirnya aku bertanggung jawab pada diri aku...
Mau bayar tuk mak n abah tapi org ni xfaham BI so later la cari macm mana...

---(@LirikCorner@)---

Memandangkan aku ni suke menyanyi aku sediakan ruangan lirik2 lagu yg agak best sarikata die dan lirik yg sering org perlukan untuk menyanyi...every day or every entry i give two song only...malay and indon...haha..samala ngok!!!Ngok ngek la aku ni....


The Rock Feat Ahmad Dani - Munajat Cinta




Malam Ini Kusendiri

Tak Ada Yang Menemani

Seperti Malam Malam

Yang Sudah Sudah


Hati Ini Selalu Sepi

Tak Ada Yang Menghiasi

Seperti Cinta Ini

Yang Slalu Pupus


Reff : Tuhan Kirimkanlah Aku

Kekasih Yang Baik Hati

Yang Mencintai Aku

Apa Adanya...

Mawar Ini Semakin Layu

Tak Ada Yang Memiliki

Seperti Aku IniSemakin Pupus...


Duta - Milikku OST Dunia Baru


Oh Ku cinta dirimu

Ku ingin pelukmu Tiada yang lain

Oh Hanya kau ku cinta

Dan ingin bersama Kau lah hatiku



(Chorus)
Bila engkau tiada Diriku rindu benar hatiku

Setiap detik ku rasa Ku dalam kesepian

Walau apapun rintangan Yang halang ku tentang

Dengan tenang Tapi yang pasti

Kau kan jadi milikku



Oh Apapun terjadi

Ku ada disini Menemanimu

Oh Ingin aku kata

Aku cinta dia Sungguh benar kataku

Aku mencintaimu

Ooooo Ku sangat sayang mu

Takkan lepaskan mu

Walau seribu tahun kita

Hidup bersama
OooooOoooO


Letih...

arini dah masuk ramdhan ke 22..pagi ni sahur biskut je sebab xlarat nak makan...then minum milo..thanx by sebab ajar minum milo..haha..pagi ni g kerja mcm biasa...ari pun xbrape nak panas tapi trasa gak panas nye...seperti biasa kerja mesti nak cepat so letih pun cepat...rasa dah xlarat...tapi bersabar sebab sekali teguk dah hilang nikmat nye..so layan kan je..dan buat bodoh...then sampai la skrg...berjaya jugak berpuasa tuk hari yg ke 22...alhamdulillah..tunggu berbuka je ni...so rhat2 kan badan before berbuka...tapi rasa gak badan ari ni sgt lemah n letih...

21.9.08

Duit atau Kerjaya yg anda pilih?

Sila berikan pendapat anda...apakah yg anda pilih di dalam kehidupan ini..Adakah duit menjadi pilihan berbanding kerjaya yg anda inginkan...ataupun anda memilih kerjaya dalam kehidupan tanpa mengira soal duit yg anda perolehi...think about it and said about it..career or money?????

Tempat Persinggahan DiriKu - Dubai

Hari ini hampir 7 bulan aku berada di persinggahan...kalau dahulu ku hanya inginkan hanya sehari di persinggahan tapi kini aku telah melalui satu masa yg agak panjang iaitu 7 bulan dimana seperti semalam aku lalui hari pertama...adakah persinggahan ini satu kebetulan atau satu ketentuan dari yang Maha Esa..Alhamdulillah,insan yg kerdil ini mampu berada di sini dan tanpa Bantuan DariMu aku pasti ini bukan tempat ku..tetapi engkau memberi Ku peluang untuk DiriKu singgah di sini meneruskan pencarian satu kehidupan yg lebih baik dari yang terbaik yg telah engkau berikan kepadaku dahulu...

DUBAI - Indah hanya pada nama,indah juga pada tempat nye dan juga indah pada suasananya... Setelah 7 bulan aku mengenali mu sudah cukup aku memahami ape kelebihan mu,ape keistimewaan yang ada padamu,ape kelebihan yang ada padamu sehingga kau mampu menarik cukup ramai manusia untuk mengisi dirimu,ape yang ada pada mu sehingga kan terlalu ramai manusia datang kepadamu tanpa mengira umur,bangsa dan negara...Kini setelah hampir setangah tahun ku berada disisi mu,aku masih tidak puas untuk berada di sisi mu..malah engkau menyeksa ku untuk memilih sama ada berada di sisi mu lagi atau kembali ke sisi negara ku sendiri...kini hanya Tuhan yg mampu memberikan jawapan nye kembali...Jika dahulu aku memilih mu untuk di sisi mu,adakah kali ini aku di pihak mu lagi...Ya ALLAH berikan aku satu petunjuk dalam menentukan kembali perjalanan hidupku...setelah sekian lama aku disisiMu aku kembali ke tanah air ku sendiri dan ku dapat melihat ape kekurangan yang ada padamu dan kenapakah aku tidak dapat melihat ketika di sisi mu...bila kau tiada di sisi ku aku rasa kan tanah air ku adalah yg terbaik untuk ku...tapi adakah ketika engkau tiada disisi ku,ku merasa sebegini?Pabila ku di sisi mu kenapa sungguh Payah tuk diriku melihat kelemahan mu...sekiranya engkau mempunyai satu nilai yg indah tunjukan la keindahan mu kepada ku...DUBAI....Adakah ku perlu ucap selamat tinggal kepadamu untuk ku ikut perasaan ku, atau ku ucap slamat kembali untuk aku terus berada disisi mu...ini akan menghantui fikiran ku..dan aku akan biarkan ia berlalu dan biarlah masa yg kulalui menjadi hakim yg menentukan keadaan ku....

@@@KiniSatu@@@

Setelah menerangkan siapa DiriKu dan Siapa DiriMu kini aku akan terangkan ape itu maknanya Kini Satu...untuk menlengkapkan maksud tittle blog aku ini..iaitu DiriKuDiriMuKiniSatu..Kini Satu merupakan satu gabungan 2 hati menjadi satu dimana ia akan kekal sampai bila2..atau dengan lebih pasar bahasa nya ialah CINTA..dengan DiriKu dan DiriMu bersatu Kini ia menjadi Satu pautan hati 2 insan menjadi satu cinta abadi yg akan kekal sejati....tiada ape yg dpt menerangkan betapa indah nye kehidupan dengan kehadiran Cinta Sejati...Semoga dengan ada nye blog ini, aku mampu luahkan dan berkongsi perasaan peribadi DiriKu,aktiviti DiriKu,Perjalanan Hidup DiriKu,Masalah DiriKu,Kegembiraan DiriKu,Kesedihan DiriKu dan sewaktu dengan nya....Sesiapa saja boleh Baca Lihat dan Nilai kehidupan DiriKu kerna Anda adalah penilai yg terbaik berbanding DiriKu...semoga kita mampu berkongsi Segala2nya bersama..Dan pasti dengan kehadiran blog ini mampu mengurangkan keseorangan DiriKu di Perantauan...Dan mampu Melepaskan rindu Diriku pada DiriMu dan pada Semua...Adios..

@@@Ramadhan Karem 1@@@

Hari ni masuk hari ke 21 kita berpuasa di bulan Ramadhan..bermakna kita memasuki 10 malam terakhir ramadhan...semakin hari semakin dekat untuk kita meninggal kan bulan yang mulia di antara semua bulan..dan kita perlu menunggu setahun lagi untuk berjumpa dengan bulan ini..Tahun ini merupakan tahun ke 24 aku merasai bulan ramadhan di mana setiap tahun pasti kelainan yg ku rasa...jika dahulu aku beramdhan di Malaysia kini aku merasa untuk menunaikan ibadah puasa di perantauan jauh di sisi keluarga dan suasana ramadhan di malaysia..sekiranya dahulu ku mengharapkan situasi bergini tetapi setelah berada dalam situasi ini ku rasakan agak berlainan dan pasti sangat sayu bila mengenang kembali saat beramadan di malaysia...

Yang pasti makanan merupakan tajuk utama di bulan ramadan..jika di malaysia aku di hidangkan beribu2 jenis makanan untuk berbuka puasa dengan berpuluh2 malah beratus tempat bazaar ramadan untuk di kunjungi sudah cukup mengambarkan betapa indah nye suasana ramadan di Malaysia..jika di sini aku hanya makan makanan sendiri dan di masak sendiri tapi feel tetap berbeza dengan di malaysia...Betul Kata pepatah di mana bumi di pijak di situ langgit di junjung..hujan emas di negara orang hujan batu di negera sendiri lebih baik hujan batu di negara sendiri...ekkk..betul ke pepatah ni..tapi lebih kurg la untuk menerangkan situasi dan keadaan di perantauan..mungkin ada org sudah bertahun2 menjalani ibadah puasa di perantauan tapi keadaan tetap sama..

Tahun ini merupakan sejarah bagi aku pabila buat kali pertama dalam kamus hidup aku aku menjalani ibdah puasa di perantauan..tiada yg istimewa dan ajaib di sini..hanya bertemankan kawan2 seperjuangan tidak cukup untuk menghilangkan rasa sunyi n sayu berpuasa di perantauan...suasana menyambut hari raya juga berbeza disini dimana tiada letupan bunga api,tiada anak2 kecik bermain bunga api,tiada sambutan 7 likur,tiada lampu pelita menerangi umah dan jalan2 kampung,tiada kemeriahan di pusat membeli belah dengan sayutan lagu2 raya...oooo..sungguh indah ramadan Di Malaysia..

Bila kah aku akan ketemu dan nikmati semua ini...ku menantikan satu shawal tanpa keluarga di sisi,tanpa org tersayang di sisi dimana ia akan membuatkan aku lebih tabah dan cekal untuk meneruskan hidup aku di perantauan dan pasti menghargai setiap saat yg akan aku dapat jika di berikan peluang berada di Malaysia menjalani dan menyambut bulan ramadan dan hari raya aidilfitri..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT HARI RAYA!!!!!!!

@@@DiriMu@@@

@@@DiriMu@@@



20.9.08

@@@@DiriKu2@@@@

@@@DiriKu@@@


Nama : Ahmad Faiz Saharuddin



Tarikh Lahir : 5 November 1984

Tempat Lahir : Teluk Intan, Perak


terletak di Hilir Perak dah pasti pasti kat Perak..mercu tanda bandar aku ni sudah pasti eifell tower made in malaysia..sama x?

Adik beradik aku ada 7 orang dan aku anak yg ke enam

Mak Abah aku dah xkerja and skrng tinggal kat teluk intan bersama adik aku dan suma abg n akak aku




@@@PERJALANAN DiriKU@@@


Sekolah sekolah aku dari Tahun 1991 - 2001 ( 11 Tahun)


1991 - 1996

SK SULTAN ABDUL AZIZ, TELUK INTAN



1997 - 1999

SMK SULTAN ABDUL AZIZ, TELUK INTAN




2000 - 2001

SMK RAJA PEMAISURI BAINUN , IPOH


Tiga sekolah je yg mampu aku capai...haha..tadika aku xda..aku blaja dgn mak aku je..

Tapi sekolah yg paling best dah pasti time kat bainun...banyak gile pngalaman yg baik dan buruk kat sana..

yang pasti aku rindu kat suma kenangan masa kecik2 dulu..

aku ada logo sekolah je..gmbr sekolah belum ada lagi dalam simpanan aku..




Menara Gading 2002 - 2007


Matrikulasi kolej - ( Kolej Taj ) 3 minggu je..



TAJ maksud die tekun amanah jujur...kejap je kat sini..aku masuk pun sebab terpengaruh ngn member aku..die kata ada swimming pool kat sini tapi rupanya dekat ngn estet...sial je TENUK. aku blaja kat sini 3 minggu sebab aku dapat offer degree kat UNITEN..so bubye TAJ..ada gak kenangan kat sini..time orientasi sebab kena mandi lumpur..haha..tapi besh sini sebab aman makmur dan sejahtera..


2002-2007

Universiti Tenaga Nasional UNITEN



Ini la pesinggahan terakhir aku untuk mendalami ilmu sebelum memulakan kehidupan pekerjaan..hampir2 6 tahun aku di sini dan bermcm suka n duka aku menjalani kehidupan sebagai seorg pelajar yg cemerlang and terbilang...lastly ogos lepas UNITEN baru kasi aku sekeping kertas betuliskan




Ijazah Sarjana Muda Kepujian Elektrical and Electronic Bsc Hons




So aku dah grade kat UNITEN ni hah..nanti aku upload gambar konvo aku ni..and kat sini aku jumpa cinta sejati..hope sampai mati...so itula perjalanan anak muda ni hah..




dan sekarng aku merantau jauh mencari rezeki..so wait for my next story of




DiriKu




@@@@DiriKuDiriMuKiniSatu@@@@@




@@@@DiriKu@@@@@

Assalamualaikum..this is my 2nd personal blog..doing this coz forget my id for my previous blog...for sure blog for people read and discuss something with others..so for all visitor please read and drop all the comment for every page of blog archive...hope all satrifice from this blog